Rabu, 28 Oktober 2009

Kajian geografi 1 cempaka

PENGHARGAAN


Kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya menjalankan kajian ini.Bantuan,dorongan & tunjuk ajar mereka telah membolehkan saya menjalankan kajian dengan jayanya.Sekalung budi kepada ibu bapa saya, guru-guru,rakan-rakan, serta penduduk FELDA Besout.




Pendahuluan

Saya Aina Syuhada binti Anwar. Saya murid Tingkatan 1 Cempaka di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Besout. Saya telah menjalankan kajian tempatan bersama-sama dengan dua orang rakan saya. Tajuk kajian saya ialah kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Felda Gunung Besout.



Objektif Kajian

Objektif khusus Kajian Geografi Tempatan ini dijalankan adalah untuk:

(a) mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang terdapat di Felda Gunung Besout.
(b) mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama yang dilakukan oleh penduduk Felda Gunung Besout.
(c) mengkaji potensi pelbagai jenis kesan terhadap aktiviti penduduk Felda Gunung Besout.




Kawasan Kajian

Kami telah memilih Felda Gunung Besout sebagai kawasan kajian saya. Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya, iaitu kira-kira satu kilometer dari rumah saya. Oleh itu, ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Felda Gunung Besout terletak di Sungkai dalam daerah Batang Padang. Bilangan penduduk yang tinggal di felda ini kira-kira 3000 lebih sahaja.



Kaedah Kajian

(a) Lawatan dan pemerhatian. Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pelbagai kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk melihat potensi pelbagai kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

(b) Temu bual. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentanag jenis kegiatan ekonomi yang dilakaukan oleh penduduk tempatan. Melalui kaedah ini maklumat sebar tentang sumbangan pelbagai kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

(c) Pembacaan. kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan fahaman tentang potensi pelbagai kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Buku -buku rujukan dan internet merupakan bahan rujukan yang utama bagi saya dan rakan-rakan. 

Hasil Kajian
Felda Gunung Besout, Perak merupakan sebuah petempatan kaum Melayu. Hasil kajian kami menunjukan pembinaan jalan raya,kilang & taman terhadap alam sekitar. Hakisan tanah di lereng bukit perlu diratakan untuk pembinaan jalan raya.Proses merata lereng-lereng bukit akan menyebabkan pokok-pokok ditebang. permukaan bumi terdedah kepada risiko hakisan air & berlaku hakisan tanih. Perubahan landskap pula menjadikan bentuk muka bumi akan berubah akibat daripada pembinaan jalan atau lebuh raya. Dari kawasan hutan rimba kepada kawasan yang tandus &banjir. Penerokaan kawasan hutan untuk pembinaan jalan raya akan mengurangkan habitat semula jadi flora dan fauna. Kesannya tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar diancam kepupusan.Pencemaran alam akibat asap & debu yg dilepaskan oleh kilang-kilang akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.Pencemaran ini juga akan memberi sumbangan kepada masalah jerebu dan hujan asid.Manakala, pembuangan sisa-sisa pepejal dan cecair industri seperti sampah sarap & sisa toksid pula akan mencemarkan air sungai & laut. Pencemaran sumber air ini akan memberi kesan kepada hidupan akuatik. Penigkatan suhu bumi penggunaan bahan seperti kloroflurokarbon (CFC) dlm sesetengah industri pembuatan seperti alat penyaman udar, peti ais, minyak wangi & racun serangga akan mengakibatkan peningkatan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon.Peningkatan suhu bumi (suhu global) akan menyebabkan terjadinya banjir dan kemarau yg berterusan. Manakala, penipisan lapisan lapisan ozon pula akan menyebabkan bumi menerima sinaran ultraungu yg berlebihan & menimbulkan masalah seperti kerosakkan tanaman.

Rumusan
keperluan jalan raya terhadap manusia untuk kesejahteraan manusia dan untuk pergi ke pekan-pekan yang ada di Besout.Kesan alam sekitar adalah untuk menghalang banjir dan tanah runtuh.Dan jangan membuang sampah sarap di jalan raya.Adanya kilang sawit ,kerana di Besout menanam pokok kelapa sawit.